Prebet Sapu – Hitam Putih Kuala Lumpur
“Siapa pun yang menang, kita tetap sama” – Aman. Prebet Sapu mengangkat kisah orang-orang biasa yang hidup dalam kota besar. Filem ini berkisar tentang Aman dan Bella, dua watak kecil yang hidup di kota Kuala Lumpur yang bergerak pantas tanpa pernah menunggu untuk memberi ruang mereka bernafas. Sebenarnya tiada apa yang menarik tentang kedua dua watak tersebut. Kedua duanya bukan lah ‘hero’ mahupun ‘anti-hero’ dengan perwatakan dan dialog yang kuat. Tetapi inilah yang menjadikan filem ini menarik untuk ditonton kerana ianya tidak terlalu mencuba dan jujur. Pemilihan warna hitam dan putih juga membantu menaikkan rasa filem ini. Suka ataupun tidak, hitam putih filem ini menggerakkan watak Aman (dan Bella) tanpa gangguan warna. Ada beberapa teori dan pendapat tentang filem hitam …