Tuhan, Izinkan Aku Berdosa
Filem ini merupakan satu lagi filem berbentuk kritikan terhadap golongan beragama daripada Hanung selepas Perempuan Berkalung Sorban dan Tanda Tanya. Amaran awal diletakkan di permulaan filem sebagai peringatan filem ini boleh mencetuskan rasa tidak senang untuk sesetengah penonton yang menonton. Sebenarnya filem ini tidak lah terlalu kontroversial. Tolak tepi permasalahan dan kritik-kritik agama (atau lebih tepat, orang-orangnya) yang diselitkan, filem ini tidak lebih dari satu lagi filem ‘hero turn to villain’ yang sebenarnya biasa kita lihat melalui filem-filem Hollywood. Cuma, apabila sosok Kiran yang pada awalnya digambarkan sebagai seorang yang taat beragama akhirnya menjadi seorang pendosa, babak-babak melibatkan Kiran melakukan ‘dosa’ kelihatan tabu untuk ditonton walaupun realitinya orang seperti Kiran itu ada. Saya sebenarnya menjangkakan lebih dari filem ini, terutamanya …