Sore: Isteri Dari Masa Depan

 “Hi, aku Sore. Isteri kamu dari masa depan”. Sore tersenyum saat pertama kali mengenalkan diri kepada Jonathan. Kemudian penonton dibawa mengikuti watak Jonathan yang keliru dan bingung dengan kehadiran seorang wanita misteri dalam hidupnya. Babak demi babak berlalu sambil kita menyaksikan Sore digambarkan sebagai seorang wanita ceria dan riang dalam mendekati dan menempatkan diri dalam hidup Jonathan. Sehinggalah pada akhirnya filem ini tiba di titik konflik dalam hubungan Sore dan Jonathan, yang berakhir dengan kematian Sore. Kemudian kita dibawa kembali ke titik mula dan filem ini mulai berjalan melalui watak Sore dengan segala gejolak emosinya yang tertutup (atau sengaja ditutup) ketika fokus penceritaan filem tertumpu kepada watak Jonathan. Saya meletakkan harapan yang tinggi untuk filem ini kerana pernah menonton serial …

Sore: Isteri Dari Masa Depan Read More »