1 Kakak 7 Ponakan
Yandy Laurens berhasil mengarahkan satu lagi filem kekeluargaan yang menyentuh hati selepas Keluarga Cemara. Filem ini bergerak melalui watak Moko, yang diasak bertubi-tubi oleh takdir yang menghentam, mengubah realiti hidupnya seawal cerita sehingga terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak saudaranya yang baru kehilangan ibu dan bapa mereka. Moko adalah salah satu contoh manusia yang tersepit menggalas beban tanggungjawab (atau bahasa pop’nya’ sandwich generation). Filem ini memilih untuk membentuk watak Moko yang dalam segala kacau-bilau kehidupannya dan pandangan-pandangan kosong yang sengaja dipaparkan melalui shot-shot dekat sepanjang filem, masih dengan tenang menjalani hidup. Ada beberapa hal realistis yang dipaparkan sepanjang filem, yang boleh saja di’fiksyen’kan untuk memenangkan hidup Moko tetapi jalan cerita ditulis sebaliknya, seakan-akan menghukum, mentertawakan, dan menyedarkan Moko yang …