Aizat Nuruddin

Film Review

1 Kakak 7 Ponakan

Yandy Laurens berhasil mengarahkan satu lagi filem kekeluargaan yang menyentuh hati selepas Keluarga Cemara. Filem ini bergerak melalui watak Moko, yang diasak bertubi-tubi oleh takdir yang menghentam, mengubah realiti hidupnya seawal cerita sehingga terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak saudaranya yang baru kehilangan ibu dan bapa mereka. Moko adalah salah satu contoh manusia yang tersepit menggalas beban tanggungjawab (atau bahasa pop’nya’ sandwich generation). Filem ini memilih untuk membentuk watak Moko yang dalam segala kacau-bilau kehidupannya dan pandangan-pandangan kosong yang sengaja dipaparkan melalui shot-shot dekat sepanjang filem, masih dengan tenang menjalani hidup. Ada beberapa hal realistis yang dipaparkan sepanjang filem, yang boleh saja di’fiksyen’kan untuk memenangkan hidup Moko tetapi jalan cerita ditulis sebaliknya, seakan-akan menghukum, mentertawakan, dan menyedarkan Moko yang …

1 Kakak 7 Ponakan Read More »

Tuhan, Izinkan Aku Berdosa

Filem ini merupakan satu lagi filem berbentuk kritikan terhadap golongan beragama daripada Hanung selepas Perempuan Berkalung Sorban dan Tanda Tanya. Amaran awal diletakkan di permulaan filem sebagai peringatan filem ini boleh mencetuskan rasa tidak senang untuk sesetengah penonton yang menonton. Sebenarnya filem ini tidak lah terlalu kontroversial. Tolak tepi permasalahan dan kritik-kritik agama (atau lebih tepat, orang-orangnya) yang diselitkan, filem ini tidak lebih dari satu lagi filem ‘hero turn to villain’ yang sebenarnya biasa kita lihat melalui filem-filem Hollywood. Cuma, apabila sosok Kiran yang pada awalnya digambarkan sebagai seorang yang taat beragama akhirnya menjadi seorang pendosa, babak-babak melibatkan Kiran melakukan ‘dosa’ kelihatan tabu untuk ditonton walaupun realitinya orang seperti Kiran itu ada. Saya sebenarnya menjangkakan lebih dari filem ini, terutamanya …

Tuhan, Izinkan Aku Berdosa Read More »

Siksa Kubur

“Kau tahu kalaupun ada hukuman untuk manusia setelah dia mati, apa yang paling mengerikan? Tergantung apa yang paling kau takutkan.” Siksa Kubur adalah tentang perjalanan Sita membuktikan yang alam dan siksaan setelah mati itu palsu dan direka-reka sekadar untuk menakutkan orang orang beragama.  Sita menyimpan dendam terhadap ‘agama’ sejak kematian ibu dan bapanya akibat nahas letupan yang dilakukan seorang fanatik agama. Dendamnya lebih membarah saat dia melihat kebobrokan orang beragama yang baik dimata masyarakat tetapi melakukan hal terkutuk dalam diam, dan dibiarkan oleh orang sekeliling ketika dia dan adiknya Adil menetap di sebuah pesantren. Kritik-kritik sosial yang diunjurkan Joko Anwar ini mungkin akan dianggap memberi imej buruk kepada agama, khususnya islam yang menjadi paparan dalam filem ini. Tetapi harus diingat, …

Siksa Kubur Read More »

Imaginur, Sinema dan Albert Camus

Entah bagaimana agaknya perasaan ketika manusia pertama kali menonton tayangan gambar bergerak (yang sebenarnya hanya adegan seorang lelaki menonton kuda) pada tahun 1878. Dari saat itu, kita diperkenalkan dengan magis baru berbentuk filem yang mampu menceritakan apa saja di layar skrin. Beratus tahun kemudian, pada era di mana manusia boleh mengkonsumi media di mana saja hatta melalui skrin sekecil tapak tangan, kebanyakan filem tak lebih dari sekadar hiburan yang ditonton selama beberapa jam dan kemudiannya akan dilupakan. Panggung wayang yang sepatutnya menjadi tempat sakral untuk mengekalkan pengalaman sinema sebenar pula hanya menjadi ruang para kapitalis filem yang berlumba-lumba menghasilkan filem blokbuster dengan formula sama, berulang-ulang dan membosankan. Lalu muncul Imaginur, mengingatkan kita tentang magisnya sinema. Menonton Imaginur adalah satu pengalaman sinema yang mengujakan. Mungkin …

Imaginur, Sinema dan Albert Camus Read More »

Prebet Sapu – Hitam Putih Kuala Lumpur

“Siapa pun yang menang, kita tetap sama” – Aman. Prebet Sapu mengangkat kisah orang-orang biasa yang hidup dalam kota besar. Filem ini berkisar tentang Aman dan Bella, dua watak kecil yang hidup di kota Kuala Lumpur yang bergerak pantas tanpa pernah menunggu untuk memberi ruang mereka bernafas. Sebenarnya tiada apa yang menarik tentang kedua dua watak tersebut. Kedua duanya bukan lah ‘hero’ mahupun ‘anti-hero’ dengan perwatakan dan dialog yang kuat. Tetapi inilah yang menjadikan filem ini menarik untuk ditonton kerana ianya tidak terlalu mencuba dan jujur. Pemilihan warna hitam dan putih juga membantu menaikkan rasa filem ini.  Suka ataupun tidak, hitam putih filem ini menggerakkan watak Aman (dan Bella) tanpa gangguan warna. Ada beberapa teori dan pendapat tentang filem hitam …

Prebet Sapu – Hitam Putih Kuala Lumpur Read More »

Layla Majnun: Sebuah Adaptasi

Hikayat Layla & Majnun adalah salah satu kisah cinta agung antara Qays bin Al-Mulawwah dan Laila Al-Amiriyah. Kisah cinta tragis yang begitu mahsyur dalam kebudayaan Arab ini menggambarkan betapa dahsyatnya kuasa cinta, sehingga boleh menghilangkan waras sang pencinta. ‘Majnun’, gelaran yang diberi terhadap Qays itu sendiri bermaksud gila. Seperti mana banyak kisah cinta agung yang lain, kisah Qays dan Layla berakhir dengan tragedi. Qays dan Layla mungkin menghembuskan nafas tanpa mampu mendakap cinta mereka namun kisah cinta mereka terus kekal diperdengarkan dari generasi ke generasi dan Monty Tiwa mengangkat kembali kisah ini dalam satu lagi adaptasi ringan Hikayat Layla & Majnun. Sejujurnya aku hanya pernah menonton dua buah tangan dari pengarah Indonesia ini (Critical Eleven dan Sabtu Bersama Bapak) walaupun …

Layla Majnun: Sebuah Adaptasi Read More »

Misteri Dilaila: Selamat Kembali Syafiq Yusof!

Saya mengikuti perkembangan Syafiq Yusof sejak dari mula dia cuba cuba menjadi pengarah dengan mengarah beberapa filem pendek di akaun youtube peribadinya. Syafiq kemudiannya menjadi pengarah termuda ketika menghasilkan filem SAM. Cubaan pertama dari anak muda ini berjaya mengutip RM 1.88 juta, jumlah yang tidaklah sebanyak kutipan filem-filem arahannya pada tahun-tahun mendatang (kecuali Desolasi) tetapi cukup memberi petanda yang ada sesuatu dari anak muda berusia 18 tahun ini (ketika dia mengarah filem SAM) yang perlu diberi perhatian. SAM, walaupun tidaklah sempurna menampakkan semangat membuak buak Syafiq dalam mempersembahkan karyanya. Dengan jalan cerita yang lain dari kebiasaan, Syafiq menghidangkan satu permainan baru untuk penggemar filem Malaysia yang pada ketika itu masih berada pada era di mana filem filem mat motor dan …

Misteri Dilaila: Selamat Kembali Syafiq Yusof! Read More »

Sokola Rimba: Hak Pendidikan Anak Anak Rimba

Pendidikan adalah hak untuk setiap kanak kanak di dunia. Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014, seramai 60.12 juta kanak kanak (pendidikan awal) seluruh dunia masih dinafikan hak asas ini. Walaupun jumlah ini makin berkurang tahun demi tahun, angka ini dilihat masih tinggi memandangkan data tersebut hanya merangkumi kanak kanak yang sepatutnya mendapat pendidikan awal. Angka keseluruhan untuk kanak kanak sehingga remaja yang tidak mendapat pendidikan adalah seramai 263 juta. Dalam pada kita seronok menjalani mudahnya hidup di alam milenia, jauh di pendalaman benua Afrika misalnya, masih ramai kanak kanak yang tidak mengenal huruf! Filem Sokola Rimba merupakan arahan Riri Riza, pengarah berbakat yang pernah mengarah Petualangan Sherina dan Ada Apa Dengan Cinta yang pada pendapat peribadi aku merupakan …

Sokola Rimba: Hak Pendidikan Anak Anak Rimba Read More »

New Year, New Day and Two Spanish Films

The Bar I always like ‘whodunit’ type of film and was expecting The Bar (el Bar) is one of that kind. I was wrong but still, it is one hell fun film to watch in your spare time. But only, if you stop questioning how illogical it is. The Bar is a film about a bunch of people, getting trapped in a bar in downtown Madrid while tragedy happens. These ordinary class of people, never expected their day gonna take a disastrous turn when shooting spree killed the first person who just went out of the bar. And the film starts there, with this group of misfit people consisting a crazy guy, a sacked policemen, a women’s lingerie seller, a …

New Year, New Day and Two Spanish Films Read More »

One Two Jaga

Filem ini adalah realiti dan realiti selalunya tak fun dan hodoh. Bukan aku nak cakap filem ni buruk, tapi jangan kau ‘expect’ apa yang selalu kau tengok dalam filem filem lokal yang lain. Watak polis dalam filem ni tak macam dalam drama ‘Oh Abang Polis’ yang segak, kacak dan duduk di rumah semi-D dengan sekurang kurangnya memakai kereta buatan Jepun kalaupun tidak kereta buatan Eropah. Polis dalam filem ini boroi, duduk rumah flat biasa dan memakai kereta Wira buruk. Kuala Lumpur dalam filem ini bukan lah sekitar Bukit Bintang yang tersergam indahnya Pavilion. Kuala Lumpur dalam filem ini adalah Chow Kit yang penuh sisi kotor dengan ribuan warga asingnya. Dari situ kau dah boleh agak filem ni macamana kan? Filem …

One Two Jaga Read More »