Aizat Nuruddin

Film Review

#mother! Earth?

WARNING : This review contain spoilers. This movie is not even on my radar up until few weeks ago when one of my twitter friend keeps tweeting about it. Of course I dig up more about the film after that as it’s directed by Aronofsky, the person behind Black Swan and Requiem for a Dream. Classified as one of the most insane film from recent years by some critics, I couldn’t wait to watch ‘mother!‘ and was expecting another out of box horror flick, maybe another Get Out (because this year we got so many good horror flicks, 2017 is a good year for the genre). I WAS WRONG. It was not another horror flick, not even something different like …

#mother! Earth? Read More »

Dilan 1990: Menyelami Cinta Alam Remaja

” Jangan rindu. Berat. Kamu nggak akan kuat, biar aku saja. ” . 16 tahun lepas, satu filem cinta remaja pernah menyelamatkan industri filem indonesia yang dilihat telah mati (sepanjang 90an sehingga awal 2000, industri filem Indonesia mengalami zaman kejatuhan yang paling buruk dalam sejarah apabila hanya 2 hingga 3 filem dihasilkan setahun dan kebanyakannya bertemakan seks. Zaman ini sehingga hari ini digelar sebagai zaman kematian suri oleh pemerhati filem Indoensia) . Filem tersebut, bersama dengan filem Petualangan Sherina selamanya akan dikenang sebagai dua buah filem yang memberi nafas baru sekaligus menghidupkan kembali industi perfileman Indonesia. Demikianlah hebatnya cinta, mampu menghidupkan industri yang telah mati. Maka janganlah ditanya Ada Apa Dengan Cinta (pun intended). 16 tahun selepas Ada Apa Dengan …

Dilan 1990: Menyelami Cinta Alam Remaja Read More »

JAGAT – REALITI ITU, PAHIT!

Jujur aku bukan penggemar filem tamil, malah aku tak pernah menonton walau satu pun filem tamil sampai habis sepanjang 22 tahunaku hidup. Pada aku, filem tamil ada semua elemen fiksyen tak masuk akal yang sangat menjengkelkan ( fiksyen itu memang kadang melangkau logik tetapi filem seharusnya meyakinkan penonton yang benda tidak logik yang sedang mereka lihat itu adalah logik dalam dunia filem itu tetapi kebanyakan filem tamil gagal dalam hal ini sehingga menjadikan fiksyen yang melampau itu kelihatan jelik, ini pendapat peribadi aku ) . Jadi bila berita tentang kehebatan filem tamil tempatan, Jagat mula tersebar, nak taknak aku terpaksa juga tengok filem tamil buat pertama kali. Dan keputusan aku tepat. Melalui filem Jagat, kita dibawa menyelusuri watak seorang budak …

JAGAT – REALITI ITU, PAHIT! Read More »

#OlaBola

Filem sukan bukanlah genre popular dalam industri filem Malaysia. Cubaan demi cubaan menghasilkan filem dalam genre ini selalunya berakhir dengan kegagalan. Cinta 500 ela, libas, hooperz, gila bola, gol dan gincu semuanya mendatangkan kerugian. Teori aku, ( ini teori aku sendiri dan aku bukan ada phd maka ini teori syok sendiri ) ini terjadi sebab filem filem berkonsepkan sukan selalunya berbentuk ‘formulaic’ dan mempunyai struktur filem yang sama. Okay nak mudah, aku letak contoh guna konsep three-act structure yang paling asas. 1. The setup ( act one ) : okay macam biasa setup jalan cerita yada yada yada. Selalunya tentang hero/heroin yang nak menang dalam satu acara sukan. 2. Second act : Problem. Selalunya akan ada masalah. Masa ni lah …

#OlaBola Read More »

#PEK4K

Sebaik tamat filem ini, aku terdiam ditemani lagu sepanjang riwayatku versi they will kill us all. Filem neo-noir ini sunyi, gelap dan depressing gila. Aku tak menjangkakan ini memandangkan filem Pekak diiklan dan dipromosikan sebagai kisah percintaan Uda dan Dara ( walaupun aku tahu ia takkan jadi seperti filem cinta ataupun drama cinta slot akasia dimana semuanya manis manis macamlah hidup ni kisah dogeng disney ). Dan aku silap. Pekak adalah definisi terbaik -cinta adalah tragedi yang menunggu masa untuk ditulis. Pekak adalah jari tengah untuk semua kisah cinta indah yang kita tengok dalam tv sambil kita tersengih sengih melihat betapa indahnya cinta. Pekak adalah realiti. Dan realiti itu pahit dan boleh menghentak bila bila semacam hentakan dikepala Uda ketika dia …

#PEK4K Read More »

Menonton Interchange (kali kedua)

Aku suka Dain Said. Bunohan masih lagi filem melayu terbaik yang pernah dihasilkan ( pada pendapat aku lah, pada pendapat kau suka hati kau lah kalau kau nak rasa Adnan Sempit filem terbaik pun peduli apa aku ). Jadi bila setelah sekian lama tanpa filem baru, Dain muncul dengan Interchange. Aku cuba suka Interchange walaupun agak kecewa selepas kali pertama menontonnya. Semalam, sekali lagi aku pergi menonton Interchange dan … Aku bagi analogi mudah – Kata kan lah filem mempunyai banyak lapisan. Lapisan pertama, apa yang ditonton oleh majoriti penonton. Struktur asas dan plot filem. Interchange secara asasnya menceritakan tentang Detektif Azman yang menyiasat tentang pembunuhan misteri yang berlaku di bandar dalam filem ini. Okay itu je cerita dia sebenarnya …

Menonton Interchange (kali kedua) Read More »

Menonton Apprentice

Filem ini di promosikan sebagai filem yang menerima standing ovation di festival filem Cannes dan mendapat pujian ramai orang yang telah menontonnya. Sebaik tamat cerita – aku menghembus nafas perlahan ( babak babak akhir buat kita tertahan nafas woi ) lalu memutuskan ini filem terbaik asean tahun ini ( yang aku dah tengok lah ). Filem ini antara filem yang bukan bercerita sebaliknya menarik penonton untuk merasai cerita, masuk melayari setiap babak seolah olah kita adalah watak di dalam cerita. Dan paling aku suka, filem ini tak memerlukan sebarang bunyi latar bagi menambah debar penonton, cukup hanya dengan babak tanpa sebarang sound effect kecuali bunyi bunyi natural seperti bunyi tapak kaki dan nafas. I hate sound effect, kadang kadang ia …

Menonton Apprentice Read More »

Terbaik Dari Langit : Kasi aku ulas watak dan perwatakan je dulu

Nota : ulasan aku penuh spoiler. Filem ni ada banyak lapisan jadi aku rasa penonton yang malas berfikir pun boleh enjoy dengan hanya menonton lapisan pertama filem ni yang banyak adegan adegan kelakar. Adegan adegan kelakar dalam filem ni banyak adegan adegan kelakar yang tak tolol, bukan kelakar membodohkan diri.  Okay ni aku punya pendapat sendiri tentang filem ni. Filem ni ada lima watak utama. Ali, Berg, Ijam, Toyu dan Sofea Jane. Watak watak ini sebenarnya imej imej watak sebenar dalam kehidupan seharian kita. Disekeliling kita, kalau kita bukan Ali, Berg, Ijam, Toyu atau SOfea Jane sekalipun, kita mesti ada kawan kawan atau orang terdekat yang macam diorang.  Berg – Berg pandai cakap, selalu rasa apa yang dia buat betul. Rasa …

Terbaik Dari Langit : Kasi aku ulas watak dan perwatakan je dulu Read More »

Review Filem : Bisik Pada Langit

Bisik Pada Langit sebenarnya dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun lepas, sebagai sebuah super-tele di Astro First. Bah kan, promosi  untuk super-tele tersebut telah dijalankan oleh pihak Astro namun pada saat saat akhir super-tele ini ditukar format kepada filem untuk ditayangkan di pawagam. Atas sebab apa aku tak berapa pasti, tapi desas desus mengatakan yang sesi pra tonton filem ini (yang ketika itu masih lagi dalam format super-tele) mendapat pujian para pengkritik dan ramai antara mereka berpendapat ianya terlalu bagus untuk hanya disiarkan di kaca televisyen. Syukur atas keputusan tersebut, kita semua dapat menikmati sebuah filem melodrama yang baik di layar lebar panggung wayang kerana aku tak dapat bayangkan filem sebaik ini ditayangkan di kaca kecil televisyen kerana ianya akan mencacatkan …

Review Filem : Bisik Pada Langit Read More »