Aizat Nuruddin

JAGAT – REALITI ITU, PAHIT!

Jujur aku bukan penggemar filem tamil, malah aku tak pernah menonton walau satu pun filem tamil sampai habis sepanjang 22 tahunaku hidup. Pada aku, filem tamil ada semua elemen fiksyen tak masuk akal yang sangat menjengkelkan ( fiksyen itu memang kadang melangkau logik tetapi filem seharusnya meyakinkan penonton yang benda tidak logik yang sedang mereka lihat itu adalah logik dalam dunia filem itu tetapi kebanyakan filem tamil gagal dalam hal ini sehingga menjadikan fiksyen yang melampau itu kelihatan jelik, ini pendapat peribadi aku ) .

Jadi bila berita tentang kehebatan filem tamil tempatan, Jagat mula tersebar, nak taknak aku terpaksa juga tengok filem tamil buat pertama kali. Dan keputusan aku tepat.

Melalui filem Jagat, kita dibawa menyelusuri watak seorang budak india bernama Apoy. Dalam satu babak awal, kita dapat melihat watak Apoy sedang asyik menonton filem tamil ( yang ironinya sedang berlangsung babak dimana heronya mengeluarkan dialog super tak logik damn you filem tamil ). Disini, Apoy sedang berada dalam ruang escapism nya sendiri ( yang mengasyikkan ) sehinggalah ayahnya pulang dan dia dimarahi kerana menonton tv ( bubble of escapism meletup ) dan realiti mengambil alih. Sesungguhnya, realiti itu pahit dan bermulalah cerita.

Terlalu banyak isu yang dimainkan dalam filem ini sehingga ada kawan aku tanya ” filem ini dibikin oleh orang yang tengah marah dengan banyak benda ke? “. Ya, filem ni penuh dengan kemarahan. Dalam satu babak ada dimainkan berita yang menyatakan sammy vellu berhasrat memastikan kadar kemiskinan dalam kalangan orang india kepada 0 peratus sambil kita dipaparkan dengan kelompok india yang tersekat dalam kemiskinan dari awal filem. Ah, sampai dalam filem pun pemimpin nak bagi ucapan gula gula kepada rakyat, bullshit!

Watak watak dewasa dalam filem ini tahu dan sedar setiap baik buruk tindak tanduk mereka. Contohnya, dalam satu babak, Maniam ( ayah Apoy ) yang tidak minum arak akhirnya selepas ditekan dengan siri siri kecelakaan akhirnya minum arak yang digambarkan dia sebagai alat mengawal manusia ( seakan menggambarkan akhirnya watak Maniam walau dalam sedar bahayanya arak dan dia dah cuba mengelak berkali akhirnya terpaksa akur dan meneguk pahit dan bahayanya arak ( realiti? ) ). Watak Mexico dan Bala ( pakcik pakcik Apoy ) juga sedar akan jalan yang mereka pilih itu salah. Tetapi dalam sedar mereka tetap memilih jalan itu kerana dihimpit kesempitan hidup. Tak, filem ni bukan satu lagi filem yang menyalahkan realiti. Pada babak akhir filem Mexico memilih untuk keluar dari kumpulan samseng dan memulakan hidup baru ( sebenarnya realiti itu boleh menghimpit tetapi pada akhirnya pilihan di tangan kita ) .

Dalam kecelaruan dunia orang orang dewasa inilah wujudnya watak Apoy. Dan anak kecil ini langsung tak mengerti. Yang dia tahu, ayahnya langsung tak memahami dia ( ayahnya seperti ayah tipikal yang mementingkan pelajaran ). Bala ( pakciknya ) menjadi tempat dia mengadu sehiggalah Bala mati akibat dadah. Selepas kematian Bala, Apoy mengidolakan Mexico yang padanya kuat ( ketua gangster ) ( pakciknya ) sehinggalah dia melihat Mexico menangis secara sembunyi ( imej hero Mexico di matanya musnah sekelip mata dan Apoy menjadi benci kepada Mexico yang lemah ( menangis ) ).

Ketiga tiga orang dewasa ini yang sepatutnya menjadi inspirasi kepada anak kecil ini gagal. Dan ini menyebabkan sisi lembut anak kecil ini musnah. Kita dapat lihat di akhir cerita – amuk anak kecil yang kecewa. Berbeza dengan watak watak dewasa dalam filem ini yang tahu dan sedar akan baik buruk perilaku mereka, Apoy tidak.

Filem ini sepatutnya menjadi satu lagi The Journey dan Polis Evo tetapi macam biasa, dunia ini kadang tidak adil dan Jagat terpaksa berdepan dengan kerenah birokrasi pempamer wayang yang khabarnya menghentikan waktu tayangan filem ini lebih awal bagi memberi ruang kepada filem filem blockbuster dari luar – realiti itu kan memang kadang kadang pahit? Satu lagi filem tempatan yang bagus bakal ditelan sejarah dan tak dipedulikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *