
Filem ini di promosikan sebagai filem yang menerima standing ovation di festival filem Cannes dan mendapat pujian ramai orang yang telah menontonnya.
Sebaik tamat cerita – aku menghembus nafas perlahan ( babak babak akhir buat kita tertahan nafas woi ) lalu memutuskan ini filem terbaik asean tahun ini ( yang aku dah tengok lah ). Filem ini antara filem yang bukan bercerita sebaliknya menarik penonton untuk merasai cerita, masuk melayari setiap babak seolah olah kita adalah watak di dalam cerita.
Dan paling aku suka, filem ini tak memerlukan sebarang bunyi latar bagi menambah debar penonton, cukup hanya dengan babak tanpa sebarang sound effect kecuali bunyi bunyi natural seperti bunyi tapak kaki dan nafas. I hate sound effect, kadang kadang ia sengaja di adakan untuk memberitahu penonton ‘ kau perlu berdebar sewaktu babak ini ‘.
Selain Wan Hanafi Su, pelakon filem ni haram sorang pun aku tak kenal ( kesemua pelakon Singapura ) tetapi masing masing berlakon dengan bagus sampai aku terpaksa mempersoalkan kenapa pelakon Singapura yang popular dekat Malaysia macam Aaron Aziz dan Hisyam Hamid berlakon macam kayu cengal?
Ending filem ini memberi kuasa kepada penonton untuk mengakhirkan cerita mengikut cita rasa mereka kerana seperti yang aku sebut tadi, filem ini bukan bercerita tetapi mengajak penonton masuk ke dalam cerita. Aku doakan semoga filem ini sempat ditonton seberapa ramai orang sebelum ditelan masa ( tiada jaminan filem ini akan keluar dalam bentuk dvd ). Filem sebagus ini harus kita rai kan.
Nota : filem ini hanya ditayangkan di empat pawagam GSC iaitu di Mid Valley, One Utama, Pavillion dan Dataran Pahlawan.