Aizat Nuruddin

Menonton Interchange (kali kedua)

Aku suka Dain Said. Bunohan masih lagi filem melayu terbaik yang pernah dihasilkan ( pada pendapat aku lah, pada pendapat kau suka hati kau lah kalau kau nak rasa Adnan Sempit filem terbaik pun peduli apa aku ). Jadi bila setelah sekian lama tanpa filem baru, Dain muncul dengan Interchange. Aku cuba suka Interchange walaupun agak kecewa selepas kali pertama menontonnya. Semalam, sekali lagi aku pergi menonton Interchange dan …

Aku bagi analogi mudah –

Kata kan lah filem mempunyai banyak lapisan. Lapisan pertama, apa yang ditonton oleh majoriti penonton. Struktur asas dan plot filem. Interchange secara asasnya menceritakan tentang Detektif Azman yang menyiasat tentang pembunuhan misteri yang berlaku di bandar dalam filem ini. Okay itu je cerita dia sebenarnya yang kemudiannya kita diperkenalkan dengan watak Adam, Iva, Belian dan Sari ( cerita dia direct je, aku tak tahu kenapa ramai komplen tak faham ). Lapisan kedua, segala simbol dan metafora yang digunakan Dain sepanjang filem serta apa sebenarnya cuba disampaikan Dain melalui Interchange. Benda ni penonton biasa tak faham pun dan diorang tak peduli pun untuk kupas. Yang diorang peduli adalah tentang cerita pada lapisan pertama.

Masalah Interchange adalah terlalu cuba mencantikkan lapisan kedua – menjadi art dengan bermain simbol dan metafora sampai terlupa perkara paling penting dalam filem adalah lapisan pertama filem tu. Dengan dialog kaku ( aku tak tahu memang sengaja ke hampir ke semua watak melontarkan dialog yang kaku – mungkin untuk mengangkat semangat noir filem ini ), banyak persoalan tak terjawab ( kenapa Adam? Apa kaitan Adam dengan semua ni? Kenapa diorang nak mati? Nak membebaskan burung dari terperangkap dalam Belian? Tu je? Kenapa? Oh okay burung, belian, puak tinggung tu semua simbol dan metafora je untuk bla bla bla bla )

Persoalan persoalan ini seronok dan menarik untuk dikupas bila jalan cerita filem itu menarik ( contohnya seperti mana orang membahaskan setiap simbol watak dan metafora dalam filem The Wailing ). Masalahnya sepanjang aku menonton filem ini, aku tak rasa terhubung dengan mana mana watak dan aku tak peduli pun kalau semua watak tu mati. Disconnected dengan filem. Macam menonton visual visual cantik, cantik tapi kau tak rasa terhubung. Cilake susah juga nak terangkan hal ni macamana.

Apapun visual filem ini sangat cantik. Dunia ( Kuala Lumpur ) ciptaan Dain gelap dan menepati apa yang cuba filem ini sampaikan. Sekurang kurangnya kita dapat meraikan permainan visual dan sinematografi filem ini. Oh ya, filem ini sebenarnya memang lebih sedap pada tontonan kedua bila kau dah tak peduli tentang plot tapi kau sibuk nak unlock semua simbol dan metafora yang ada ( malas aku huraikan teori aku kau kaji lah sendiri tulis panjang panjang bukan kau baca pun ) . Mungkin kalau ada kelapangan aku akan tonton kali ketiga sebelum ia tamat ditayangkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *